Baru-baru ini timbul masalah mengenai tayangan video yang bertajuk "Sajak Kematian" di sekolah rendah. Ramai yang memberi bantahan serta komen-komen mengenai tayangan video ini di sekolah. Adakah penayangan video ini sesuai di sekolah rendah? Satu pihak menyatakan tayangan video amat sesuai untuk meningkatkan kesedaran di kalangan para pelajar kita namun tidak sesuai bagi peringkat umur yang menonton video ini. Terdapat juga ramai ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan penayangan video ini kerana ia tidak membawa sebarang faedah mahupun keuntungan kepada para pelajar, sebaliknya penayangan video ini akan menakut-nakutkan mereka.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penggunaan klip video seperti itu dalam memberikan kesedaran kepada para pelajar amat tidak sesuai memandang usia pelajar terbabit yang masih terlalu muda. “Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak yang usianya cukup muda. Saya rasa ia tidak akan membawa manfaat."
Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh para pendidik dalam memberi kesedaran kepada para pelajar? Adakah dengan menayangkan klip video "Sajak Kematian", para pelajar akan faham mesej yang ingin disampaikan oleh guru? Bagaimana pula dari sudut pandangan psikologi pelajar tersebut sedangkan yang menontonnya adalah dikalangan pelajar sekolah rendah? Bagaimana pula pandangan ibu bapa pelajar tersebut? Pelbagai soalan timbul akibat penggunaan klip video ini di sekolah. Adakah wajar klip video ini ditayangkan kepada pelajar sekolah rendah ataupun klip ini lebih sesuai ditayangkan kepada pelajar yang lebih dewasa?
Memanglah ia merupakan sesuatu yang baik apabila kita menggunakan teknologi dalam proses P&P tetapi adakah kita telah memikirkan risiko dan kebaikan penggunaan teknologi tersebut? Marilah sama-sama kita fikirkan sejenak.
Klip Video "Sajak Kematian": http://www.youtube.com/watch?v=0fmF9353R58
13 years ago
No comments:
Post a Comment