Powered By Blogger

Sunday, November 16, 2008

Apa Itu Cinta?




Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Saidina Umar Ibnul Khattab - >

Thursday, November 13, 2008

"Sajak Kematian". Wajar atau tidak ditayangkan?

Baru-baru ini timbul masalah mengenai tayangan video yang bertajuk "Sajak Kematian" di sekolah rendah. Ramai yang memberi bantahan serta komen-komen mengenai tayangan video ini di sekolah. Adakah penayangan video ini sesuai di sekolah rendah? Satu pihak menyatakan tayangan video amat sesuai untuk meningkatkan kesedaran di kalangan para pelajar kita namun tidak sesuai bagi peringkat umur yang menonton video ini. Terdapat juga ramai ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan penayangan video ini kerana ia tidak membawa sebarang faedah mahupun keuntungan kepada para pelajar, sebaliknya penayangan video ini akan menakut-nakutkan mereka.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata penggunaan klip video seperti itu dalam memberikan kesedaran kepada para pelajar amat tidak sesuai memandang usia pelajar terbabit yang masih terlalu muda. “Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak yang usianya cukup muda. Saya rasa ia tidak akan membawa manfaat."

Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh para pendidik dalam memberi kesedaran kepada para pelajar? Adakah dengan menayangkan klip video "Sajak Kematian", para pelajar akan faham mesej yang ingin disampaikan oleh guru? Bagaimana pula dari sudut pandangan psikologi pelajar tersebut sedangkan yang menontonnya adalah dikalangan pelajar sekolah rendah? Bagaimana pula pandangan ibu bapa pelajar tersebut? Pelbagai soalan timbul akibat penggunaan klip video ini di sekolah. Adakah wajar klip video ini ditayangkan kepada pelajar sekolah rendah ataupun klip ini lebih sesuai ditayangkan kepada pelajar yang lebih dewasa?

Memanglah ia merupakan sesuatu yang baik apabila kita menggunakan teknologi dalam proses P&P tetapi adakah kita telah memikirkan risiko dan kebaikan penggunaan teknologi tersebut? Marilah sama-sama kita fikirkan sejenak.

Klip Video "Sajak Kematian": http://www.youtube.com/watch?v=0fmF9353R58

Thursday, November 6, 2008

Kemenangan Barak Obama


Diambil dari http://www.bharian.com.my/

Akhirnya, pilihan raya di Amerika telah mencapai kata putus. Titik noktah yang diperlukan telah ditemui ditempat yang sesuai. Obama, 47, dari parti Demokrat yang muncul Presiden kulit hitam pertama AS apabila menewaskan lawannya dari Republikan, John McCain, turut mengetuai parti Demokrat memperluaskan penguasaan di kedua-dua Dewan Kongres. Ini dengan rasminya menjadikan Obama sebagai Presiden Amerika yang ke-44. Itu cerita yang berlaku di Amerika. Tetapi, apa kesudahan yang akan dialami oleh dunia di bawah pemerintahan baru Obama? Adakah dasar luar Amerika akan diteruskan? Adakah dunia akan sentiasa berjaga-jaga di atas kemenangan Obama? Obama mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya di sana. Adakah kemenangan ini bermaksud suatu pembaharuan terhadap dunia akan tercapai? Ataupun tiada perubahan yang akan berlaku di dunia setelah Obama menjadi Presiden? Marilah sama-sama kita nantikan perubahan. Adakah janji-janji yang ditabur akan menjadi kenyataan, ataupun hanya menjadi suatu sandiwara untuk mencapai matlamat? Marilah sama-sama kita nantikan.

Sunday, November 2, 2008

Esok Exam!!!!


Akhirnya, hari peperiksaan yang dinanti-nantikan akan tiba. Esok adalah tarikh keramat buat semua kawan-kawan ku. Bersedia atau tidak, esok adalah penentunya. 3 November 2008 akan menjelang, dan segala apap yang dipelajari dalam semester ini akan diluahkan di atas sekeping kertas jawapan berpandukan soalan yang diberikan. Sebatang pen menjadi peneman selama sejam, dua jam mahupun 3 jam di dalam dewan peperiksaan. Esok, tepat pukul 2.30 petang, bermulalah peperangan terakhir semester ini. Setiap hari akan dilalui, setiap soalan akan dijawab, setiap subjek akan diakhiri dalam bulan November ini. Selamat berjuang diucapkan kepada kawan-kawan ku. Semoga semua memperoleh kejayaan yang diimpikan.

Terima kasih diucapkan kepada semua kawan-kawan ku. Halalkan segala makan, minum dan ilmu yang dikongsi bersama semester ini. Maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan yan aku lakukan samada yang tersurat dan yang tersirat.

"Bismillahirahmanirahim...
Ya Allah, berikanlah aku kesempatan waktu untuk memohon dariMu...
Anugerahkan aku kejayaan dalam peperiksaan final ini...
Anugerahkanlah kejayaan kepada teman2ku...
Jangan ada antara kami yg sedihnya sendirian dan juga kepadaku...
andai telah tertulis di luhmahfuz akan kegagalanku, maka ubahla menjadi kejayaan..
Ya Tuhanku, mudah2an lulus cemerlang, A untuk smua subjek milik kami...
amin..."

Wednesday, October 29, 2008

Rahsia Air

Air mempunyai banyak rahsia tersembunyi. Air merupakan sebahagian drpd alam semulajadi, ia banyak digunakan dalam petua orang2 tua. Sebahagian drpd petua orang2 tua yang mudah & boleh dikuti oleh kita semua.

1. Amalkan byk minum air masak suam. Amalkan juga minum sekurang2nya satu gelas air masak suam setiap kali sebelum tidur & setiap pagi sebaik bangun dpd tidur. Amalkan juga berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w semasa minum di waktu pagi ini.

2. Amalkan minum air setengah jam sebelum makan & jangan minum air semasa makan. Selepas makan peruntukkan sekurang2nya 2 jam sebelum minum air (kalau boleh ler). Ini dikatakan dpt mengelakkan kita dpd perut buncit.

3. Elakkan dpd mandi malam. Selain dpd mudah terdedah kpd penyakit paru2 berair ia juga mengelakkan kita dpd mudah terkena penyakit lenguh2 tulang.

4. Jgn gunakan air bertakung yg terkena panas matahari utk mencuci muka. Ini dikatakan akan menyebabkan pigmentasi, panau & jeragat pd kulit.

5. Utk menghilangkan sedu, minum byk air diikuti selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

6. Utk menghilangkan sakit tekak, selain dpd minum air rendaman kembang semangkuk, cuba embunkan air masak semalaman & minum keesokan harinya.Insya-allah sakit tekak akan berkurangan.

7. Selain dpd air biasa, air bilasan beras juga ada gunanya. Utk mengelakkan muka dpd timbul jeragat, amalkan membilas muka dgn air bilasan beras yg kedua.

8. Bagi mereka yg mengalami penyakit keputihan, cuba amalkan minum airbilasan beras yg kedua setiap hari selama 3 hari berturut2.

9. Utk menyuburkan tanaman pula, gunakan air bilasan basuh kain sbg baja utk tanaman.Dikatakan bhn organik pd air bilasan kain dpt menyuburkan tanaman.

10. Utk meredakan demam panas atau sakit pening kepala, embunkan air rendaman kacang hijau semalaman. Selepas itu sapukan air ni ke kepala. Insya-allah panas akibat demam atau pening kepala akan reda.

11. Air juga merupakan petua utk penjagaan suara bagi yg gemar menyanyi & mengaji. Selain dpd mengamalkan byk minum air suam, penjagaan suara boleh dibuat sewaktu mandi. Semasa mandi sedut air ikut hidung sehingga terasa berdengung di kepala. Amalan ini dikatakan dpt mengelakkan suara dpd pecah.

12. Utk awet muda pula, bila mandi, jirusan air hendaklah dimulakan dr kaki & naik sehinggalah ke kepala. Begitupun menurut pakar perubatan, cara begini bagus diamalkan utk mengelakkan kejutan pd kepala & jantung bila terkena air khususnya jika mandi awal2 pagi.

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Bagaimana seseorang itu hendak berhenti merokok? Di bawah terdapat beberapa tips yang boleh digunakan untuk memulakan langkah pertama ke arah kesihatan yang baik. Mungkin tips yang diberikan ini tidak akan berjaya. Tapi, kita harus mencuba dahulu untuk mengetahui sama ada ia berkesan atau tidak. Selamat mencuba.

1. Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.
Kita merancang, yang menentukan adalah Dia. Selamat mencuba.

I'm new.

I'm new with blogging. So I don't have any knowledge on it. I will learn this and try to improve myself in blogging. Hope all of you don't mind if any mistake appear on it. Hehehe. Anyway, welcome to all for comments or something else which can improve my skill in blogging. Thank you.

Final exams are around the corner

Next week is the starting week for our final exam. So, what have we prepared for it? Do we have covered all the important points in our exam? Are we ready to face the day? All the answers for the questions should be answered in 'Yes'. Yes we are ready. Yes we have covered all the points and subject. Yes we are confident to face it. So, all the best for all. May God bless you in the exam and hope you will achieve what you are aiming for in the final exam. Good luck!