Powered By Blogger

Saturday, January 31, 2009

Apa perasaan anda??

Ketika membaca akhbar Harian Metro yang bertarikh 29 Januari 2009, saya tersentak apabila membaca satu artikel mengenai seorang penduduk Palestin. Di bawah saya sertakan artikel tersebut untuk tatapan para pembaca.

(http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090129092320/Article/index_html)

"Mengintai derita Gaza: Pelukan hiba diiringi linangan air mata"

SEBAIK selesai mengerjakan solat maghrib di Masjid Al-Shahid, Gaza, seorang lelaki separuh abad mendekati kami (wartawan) sambil menghulurkan salam dengan wajah penuh keikhlasan.

Salam berkenaan lantas disambut hangat sebelum lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Fared tunduk dan bersimpuh rapi di sisi wartawan.

Dia lantas bertanya dari mana asal wartawan tanpa mahu melepaskan genggaman salam erat antara kami di tangan.

Sejurus diberitahu wartawan berasal dari Malaysia dan datang ke negara itu untuk membuat liputan berita derita perang rakyat Palestin, lelaki berkenaan lantas memeluk wartawan sambil mengucap syukur berulang kali.

Dengan linangan air mata, lelaki berkenaan seraya menadah tangan sambil meluahkan rasa terima kasih atas kesediaan wartawan datang ke negara ini.

Sambil mengesat air mata dengan hujung lengan bajunya, Fared yang boleh bertutur bahasa Inggeris memberitahu pernah berhijrah ke beberapa negara Eropah sebelum mengambil keputusan pulang ke tanah airnya lima tahun lalu.

Dia yang sedikit uzur berulang kali mengucapkan terima kasih atas kesudian wartawan berkunjung ke Gaza yang disifatkan terlalu sukar dan berbahaya.

Malah ‘kejayaan’ wartawan dan jurugambar yang berjaya melepasi pagar sempadan Rafah menimbulkan rasa bingung di benak hati lelaki berkenaan.

Wartawan kemudian memberitahu kedatangan ke Tebing Barat Gaza bukan keseorangan, sebaliknya turut disertai pelbagai sukarelawan NGO dan bantuan ubat-ubatan dari Malaysia antaranya Yayasan Salam Malaysia, Mercy, Pemuda Masjid, Global Peace Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia.

Jawapan itu sekali lagi membuat lelaki itu terdiam seketika sambil tunduk terharu beberapa minit.

Fared akhirnya membuka mulut meluahkan rasa terharunya atas kebaikan hati rakyat Malaysia yang terkenal dengan kemurahan hati dalam membantu umat Islam serata dunia.

“Jika semua umat Islam di Timur Tengah berperasaan murni seperti umat Islam di Malaysia, pasti nasib rakyat Gaza tidak seburuk ini,” katanya.

Beliau berkata, Liga Arab yang hanya banyak bercakap tanpa bertindak sekadar membuang masa di meja rundingan sambil jumlah rakyat Gaza yang terkorban terus meningkat.

“Tiada siapa yang benar-benar tulen mahu membela nasib warga Palestin di Gaza. Mereka hanya meratap atas kematian kami dan mengira batu nisan di tanah Palestin ini dari jauh,” katanya.

Sehingga semalam, dua doktor daripada Yayasan Salam Malaysia yang berusaha masuk ke Gaza, berjaya memasuki pintu sempadan Gaza untuk memberi bantuan sukarelawan selepas berusaha hampir dua hari melepasi sekatan berkenaan.

Jumlah terbaru itu menjadikan 12 doktor pakar dari Malaysia kini mencurahkan khidmat di Gaza tanpa mengendahkan ancaman menanti. - Jamilul Anbia

1 comment:

Hikayat Putra Ahmad said...

salam hairul hafizi..hehehe